Go to ↑↓
Labels :
- Catatanku (1)
- Christian (3)
- Design (2)
- Ilmu Blog (1)
- Ilmuwan (4)
- Internet (5)
- Mozilla Firefox (2)
- Musik (1)
- Narrative Text (13)
- Operating System (3)
- Teknologi (6)
- WAN (4)
Followers
List of Contenst :
4. Hardware WAN
10. Sejarah Internet
13. Sweet Home 3D
14. IcoFX
15. Browsers
20. Nopombalu
21. Jantur and Menur
22. Silent Love
23. Father Eyes
25. Three Fish
26. Golden Goose
27. Malin Kundang
30. Archimedes
31. Albert Einstein
32. Johannes Kepler
33. Galileo Galilei
35. You Are Good
39. Symbian
40. BlackBerry OS
41. iOS
42. Pentingnya PPSMB
Symbian
Symbian adalah sistem operasi yang direkabentuk untuk telefon pintar dan diselenggara oleh Yayasan Symbian. Symbian secara rasmi dijadikan sistem operasi sumber terbuka pada bulan Februari 2010. Symbian banyak ditemui dalam telefon bimbit keluaran Nokia. Selain itu ia juga digunakan dalam beberapa model telefon Sony Ericsson, Samsung, Fujitsu dan DoCoMo.
Platform Symbian wujud dengan menggabung dan menyepadukan aset-aset
perisian daripada Nokia, NTT DoCoMo, Sony Ericsson dan Symbian Ltd. Ini
termasuk sistem operasi Symbian sebagai teras, platform S60, dan
sebahagian daripada antaramuka UIQ dan MOAP. Platform ini giat
dibangunkan oleh satu komuniti yang dipimpin oleh Yayasan Symbian
selepas pelancaran rasmi yayasan itu pada bulan April 2009.
Yayasan Symbian mula diumumkan pada bulan Jun 2008. Matlamat yayasan
ini adalah untuk menerbitkan kod sumber untuk keseluruhan platform
Symbian di bawah Lesen Awam Eclipse (EPL) yang diluluskan oleh OSI dan
FSF. Bagaimanapun komponen Symbian yang dilesen daripada pihak ketiga
menghalang yayasan daripada menerbitkan keseluruhan kod sumber di bawah
EPL serta merta. Oleh itu, pada mulanya kebanyakan kod sumber telah
diterbitkan di bawah Lesen Yayasan Symbian (SFL) dengan syarat yang
lebih ketat dan boleh didapati oleh syarikat ahli sahaja.
Yayasan Symbian mengumumkan penerbitan kesemua platform Symbian sebagai kod sumber terbuka di bawah EPL pada 4 Februari 2010.


Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar